Thursday, December 5, 2013

PRODUK KOSMETIK : SUCI DAN SELAMAT! (PART 1)


Mencari kosmetik dan dandanan halal bukan bersandar testimoni tetapi disahkan statusnya. Tidak dinafikan, ramai pengguna mementingkan status halal dalam makanan. Bagaimana pula dalam memilih produk penjagaan tubuh dan rambut serta kosmetik untuk solekan wajah?

Adakah logo halal di cari atau memadai membelinya berdasarkan testimoni yang sudah berjaya dan terus terpikat serta menggunakannya ‘tanpa rasa was-was’?

Jika ini menjadi amalan, seharusnya ia tidak dibiarkan berterusan sebaliknya konsep halal wajar diambil kira dan diguna pakai apabila ingin membeli atau mengguna barangan berkenaan.

Apatah lagi, dalam Islam prinsip halal bukan sekadar tidak mengandungi babi atau bahan berkaitan serta haiwan yang tidak disembelih, tetapi juga kandungan lain seperti alkohol yang haram dan sebagainya.

Malah, bukan mustahil kosmetik didakwa selamat dan halal digunakan seperti gincu, bedak, krim penjagaan wajah dan wangian bebas alkohol tanpa disedari mungkin mengandungi bahan ‘terlarang’ yang mencemarkan kesucian atau status produk berkenaan, sekali gus haram digunakan. Jika ada logo dan status halal, sekurang-kurangnya produk itu lebih diyakini untuk digunakan.

Lagipun, di Malaysia sudah pun banyak produk kosmetik dan dandanan halal yang dipasarkan. Bahkan, produk kosmetik dan dandanan halal di negara ini adalah ketiga terbesar dalam industri halal selepas produk makanan halal dan perbankan Islam.

No comments:

Post a Comment