Showing posts with label Suci dan Selamat. Show all posts
Showing posts with label Suci dan Selamat. Show all posts

Thursday, December 5, 2013

PRODUK KOSMETIK : SUCI DAN SELAMAT! (PART 2)


PENGGUNA BOLEH KELIRU!
“Apa yang menjadi kerisauan ialah mengenai status penggunaan bahan berbahaya, termasuk merkuri, atau hydroquinon di dalam produk kosmetik. Dalam hal ini, pengguna harus meningkatkan pengetahuan mengenai status halal produk digunakan,”

Tip pilih produk HALAL dan SELAMAT:

Pendaftaran produk
- Jangan tertarik dengan harga murah semata-mata. Pilih produk dilengkapi bahan pembuatan atau didaftarkan di bawah Kementerian Kesihatan, memastikan ia selamat digunakan.

Bahan
- Pengguna perlu menyiasat sendiri ramuan terkandung dalam sesuatu produk, sekiranya ragu mengenainya. Sebagai contoh perkataan protein kerana ada juga produk menggunakan perkataan plasenta haiwan, menggantikan perkataan protein.

Lengkap
- Pastikan nama dan alamat pengeluar produk jelas dan tidak meragukan.

Pastikan anda memilih produk kosmetik halal berdasarkan standard dan hukum syarak serta memenuhi keadaan seperti berikut:

i. Tidak berkompromi atau mengandungi mana-mana bahagian manusia atau bahan yang berasal daripadanya.

ii. Tidak mengandungi bahan diperoleh daripada haiwan yang dilarang kepada umat Islam oleh hukum syarak, atau daripada haiwan halal yang tidak disembelih mengikut hukum Syarak.

iii. Tidak mengandungi sebarang bahan atau organisma yang diubahsuai genetik (GMO) yang telah diisytiharkan sebagai najis mengikut hukum syarak.

iv. Tidak disediakan, diproses dikeluarkan atau disimpan dengan menggunakan apa-apa peralatan yang tercemar dengan perkara yang najis mengikut hukum syarak.

v. Semasa kerja penyediaan, pemprosesan atau pembuatan produk, tiada sentuhan berlaku dan diasingkan secara fizikal daripada mana-mana bahan yang tidak memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan dalam perkara a), b), c) atau d).

vii. Tidak memberi sebarang kemudaratan kepada pengguna.

PRODUK KOSMETIK : SUCI DAN SELAMAT! (PART 1)


Mencari kosmetik dan dandanan halal bukan bersandar testimoni tetapi disahkan statusnya. Tidak dinafikan, ramai pengguna mementingkan status halal dalam makanan. Bagaimana pula dalam memilih produk penjagaan tubuh dan rambut serta kosmetik untuk solekan wajah?

Adakah logo halal di cari atau memadai membelinya berdasarkan testimoni yang sudah berjaya dan terus terpikat serta menggunakannya ‘tanpa rasa was-was’?

Jika ini menjadi amalan, seharusnya ia tidak dibiarkan berterusan sebaliknya konsep halal wajar diambil kira dan diguna pakai apabila ingin membeli atau mengguna barangan berkenaan.

Apatah lagi, dalam Islam prinsip halal bukan sekadar tidak mengandungi babi atau bahan berkaitan serta haiwan yang tidak disembelih, tetapi juga kandungan lain seperti alkohol yang haram dan sebagainya.

Malah, bukan mustahil kosmetik didakwa selamat dan halal digunakan seperti gincu, bedak, krim penjagaan wajah dan wangian bebas alkohol tanpa disedari mungkin mengandungi bahan ‘terlarang’ yang mencemarkan kesucian atau status produk berkenaan, sekali gus haram digunakan. Jika ada logo dan status halal, sekurang-kurangnya produk itu lebih diyakini untuk digunakan.

Lagipun, di Malaysia sudah pun banyak produk kosmetik dan dandanan halal yang dipasarkan. Bahkan, produk kosmetik dan dandanan halal di negara ini adalah ketiga terbesar dalam industri halal selepas produk makanan halal dan perbankan Islam.